[postlink]
https://video-ceramah-agama.blogspot.com/2014/03/ustaz-kazim-elias-fitnah-dajjal.html[/postlink]
http://www.youtube.com/watch?v=uL5-gGYRYb8endofvid
[starttext]
[starttext]
Ringkasan isi-isi penting video ceramah agama Ustaz Kazim Elias mengenai Fitnah dajjal
Apabila dajjal datang, dajjal akan berusaha kufurkan umat yang
beriman
- Bila manusia bantah dajjal, dajjal akan rosakkan sumber kewangan manusia menyebabkan manusia hilang sumber pendapatan dan jadi susah dan kelaparan.
- Antara fitnah dajjal yang besar ialah
- mengumpan makanan yang banyak disisinya untuk menyesatkan manusia
- menggunakan kuasanya untuk menemukan manusia dengan ibubapa mereka yang telah meninggal dan mengajak mereka kufur kepada Allah
- berkuasa untuk menunjukkan kedudukan manusia dalam syurga dan menunjukkan keadaan neraka
- Fitnah dajjal paling besar adalah bila dia mengaku Tuhan
- Semua ini dikhabarkan oleh Nabi SAW melalui sabdanya kepada para sahabat dan seterusnya kepada ulama sehingga sekarang
- Antara kandungan hadis Nabi SAW tentang dajjal ialah dajjal itu adalah pemuda yang terlampau kerinting rambutnya, cukup tegap rupa badannya, biji matanya yang sebelah keluar seperti buah anggur dan sebelah lagi ratanya dengan mukanya (buta). Ada persamaan fizikal seperti orang jahiliyah yang bernama Abdul Uzza
- Walaupun fitnah dajjal itu besar ia tidak berupaya menghapuskan orang beriman, ia hanya mampu mengeluarkan dusta untuk mengajak orang supaya kufur tetapi tidak mampu mencederakan atau menghapuskan orang yang beriman. Keimanan yang akan menolak fitnah dajjal dan ia adalah banteng kepada hasutan dajjal. Oelh itu, tanamkan iman kepada diri dan ahli keluarga.
- Nabi SAW juga mengangkat dajjal dalam hadisnya dengan bersabda bahawa dajjal amatlah licik sehingga orang-orang yang dihasut oleh dajjal agak sukar menolak ajakannya dan jika ajakannya ditolak, maka harta orang diseru akan dirampas atau diambil oleh dajjal.
- Antara contoh sifat dajjal pada zaman moden boleh dianalogikan sebagai hasutan oleh musuh islam untuk tunduk kepada arahan mereka; Amerika bersifat atau mengamalkan polisi seperti dajjal di mana negara2 yang tidak mengikut telunjuk mereka akan diserang atau disekat kegiatan ekonominya.
- Penguasaan orang bukan islam ke atas orang islam adalah kerana perpecahan umat islam itu sendiri. Contoh: kerajaan melayu Melaka jatuh kepada portugis kerana ada orang yang bersekongkol dengan portugis akibat tamakkan kuasa. Dan berlaku juga di dalam kerajaan-kerajaan islam yang lain
- Kekuatan Sahabat-sahabat pada zaman Nabi SAW adalah Setiap kata-kata yang nabi lafazkan akan berbekas dalam hati kerana mereka pasti perkara-perkara tersebut akan berlaku. Sepatutnya kita merasa takut bila dengar hadis nabi atau nas Al Quran. Kata-kata nabi adalah BENAR 100% seperti ayat Al-Quran yang juga BENAR 100%.
- Orang yang tidak menutup aurat (Rambut)dengan betul akan di bakar rambutnya hingga menggelegak otaknya.
- Pemimpin yang menyesatkan adalah lebih bahaya dan ditakuti daripada dajjal
- Nabi kata, jika dajjal datang setelah aku wafat setiap seorang perlu lawan seruan dajjal dan jangan diturut kemahuannya.
- Allah menggantikan Nabi dengan pemimpin/ulama yang akan melawan dajjal dengan hujah-hujah yang sewajarnya.
- Jika melihat dajjal, apa nak dibaca, baca beberapa ayat surah alkahfi 1- 10. Oleh itu kita perlu amalkan dan faham dengan pengajaran dan hokum yang boleh ditafsirkan daripada ayat tersebut. Antara tafsir ayat tersebut adalah Allah memberikan panduan Al Quran untuk kita berpegang dan amalkan suruhannya
- Hadis juga mengatakan, dajjal itu akan keluar antara negeri Syria dan iraq. Ulama kata nabi Isa akan keluar dari Syria. Lebih spesifik, kawasan dajjal keluar adalah daripada Khurusan, parsi.
- Dua kawasan yang tidak mampu dimasuki dajjal iaitu Mekah dan Madinah kerana malaikat akan jaga semua pintu masuk.
- Majoriti manusia akan sesat dan mengikut dajjal.
- Oleh itu tetapkan dati, tenangkan hati dan bantah ajaran dajjal dan selama itu kamu tidak akan sesat.
- Berapa lama dajjal akan cuba sesatkan? masa fitnah dajjal adalah selama 40 hari. Nabi juga memberi tafsiran yang berbeza kepada tempoh masa ini dengan memberi contoh lama masa itu seperti kadang-kadang sehari seperti setahun, kadang-kadang sehari seperti sebulan, kadang-kadang sehari seperti seminggu, kadang-kadang sehari seperti hari biasa kita di dunia. [endtext]
Post a Comment